Saturday, January 4, 2014

SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA SEMUA

Sihat itu adalah rezeki daripada Allah. Apabila disebut tentang sihat, pasti akan terbayang di mata anda tentang kesihatan tubuh badan dan terlepas daripada segala jenis penyakit seperti jantung, kencing manis dan sebagainya. Sihat yang sebenar adalah sihat tubuh badan, hati dan jiwa. Tubuh badan sihat dan hati sentiasa tenang dan gembira. Itulah sihat yang sebenar…Bagaimana untuk mendapat hati yang tenang dan gembira… Banyak caranya….solat, berzikir, menolong orang ramai dan salah satu yang tidak kurang pentingnya adalah bersedekah.

Bersedekah boleh mendekatkan kita kepada Pencipta kita iaitu Allah kerana Allah suka kepada hamba-hambaNya yang pemurah. Bersedekah juga boleh menjadikan anda lebih murah rezeki. Jom kita bersedekah untuk orang-orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Inilah saham akhirat kita, mungkin tak nampak di dunia tetapi In Sha Allah ia menjadi pelindung kita di akhirat nanti.

Selamat beramal dan bersihkan hati anda agar sentiasa tenang dan gembira.

Derma boleh disumbangkan kepada:

Fatimah Sidek à Akaun No. Maybank 155023358880




No comments:

Post a Comment