Saturday, December 28, 2013

Apakah Penyebab Penuaan Kulit?

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat 2 sebab utama penuaan kulit:

1.     Penuaan Kulit Intrinsik
Penuaan kulit intrinsik (Kulit dalaman) merujuk kepada penuaan yang disebabkan oleh gen yang diwarisi. Ia juga dikenali sebagai proses penuaan secara semulajadi. Dengan peningkatan usia, penghasilan kolagen dan elastin yang memberikan sifat keanjalan pada kulit menurun dan lama-kelamaan tekstur kulit akan mula merosot dan menyebabkan kulit menipis.

2.    Penuaan Kulit Ekstrinsik

Penuaan kulit ekstrinsik (Kulit luaran) disebabkan oleh banyak factor luaran seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran alam sekitar, gravity dan kedudukan sewaktu tidur. Keputusan yang diambil setiap hari, pemakanan, tabiat, pilihan dan gaya hidup kita, tekanan dalam hidup, semuanya menyumbang kepada penuaan awal kulit. Foto-penuaan adalah istilah yang merujuk kepada jenis penuaan yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinar matahari, iaitu punca terbesar penuaan ektrinsik. 

No comments:

Post a Comment